KRONOlOGI KES
Dua tiga hari ni heboh diperkatakan konon surat-surat kepada MPPUM di'culik' oleh HEP. Perkara ini dibangkitkan oleh Setiausaha Agung MPPUM sendiri iaitu saudara Pami Jendol menerusi akaun facebooknya.
Kemudian YDP kita (yang sentiasa sibuk bersidang media sampai tak dapat penuhi jemputan) pula hangatkan isu surat kena 'culik' oleh HEP.
Tup-tup, surat-surat yang kononnya di'culik' HEP tiba-tiba muncul kembali di Pejabat MPPUM. Biasa laa.. Dulu Mastura (calon Pro M) pun hilang jugak kemudian tiba-tiba muncul kembali. Kahkahkah!
Kemudian Encik Rozaini pula bagi penjelasan berkenaan kes surat-surat di'culik' HEP.
Rupa-rupanya....
Sila baca dan buat penilaian sendiri.
Tamat bab kronologi. Di sini gua dapat simpulkan beberapa kemungkinan yang boleh berlaku berdasarkan kronologi kes surat di'culik' adalah :-
1) SU MPPUM a.k.a pami Jendol tak buat kerja atau tak reti buat kerja, kemudian salahkan orang lain. #Noobs
2) YDP a.k.a Kamarul Setapa terlalu busy bersidang media sampai tak dapat penuhi jemputan kemudian salahkan orang lain #TaktikPolitikBodoh
3) Encik Rozaini memang benar-benar 'menculik' surat-surat MPPUM sebab Encik Rozaini takde keje nak buat kat HEP.
Okay, buat pengetahuan Setiausaha Agung MPPUM, disinilah terletaknya peti surat badan persatuan pelajar termasuk MPPUM.
Malu beb kalau jadi SU Agung tapi tak tahu buat kerja pastu bila surat menimbun baru nak gelabah. Sepatutnya, si Pami Jendol ni kena belajar dulu daripada mantan SU MPPUM 2012/2013. Tak tahu boleh tanya. Inilah masalahnya bila kita tersilap pilih wakil pelajar yang tak tahu buat kerja lepastu bodoh sombong pulak. Haihhh
Ini pula respons daripada mahasiswa-mahasiswa UM berkenaan isu surat yang sempat di-printscreen di Twitter.
Last but not least, gua nak tanya balik, "Serius-lah surat-surat kepada MPPUM disekat HEP?"