Wednesday 25 March 2015

Bantah GST: Mahasiswa VS Polis

Kali ni gua nak ulas kes yang berlaku minggu ni yang melibatkan mahasiswa. Gua suka betul kalau ada cerita yang melibatkan mahasiswa. Ok, isnin yang lalu macam yang korang sedia maklum, segerombolan aktivis anti-GST telah mengadakan satu siri Duduk dan Bantah di Pejabat Kastam Kelana Jaya di mana tujuan ia diadakan adalah untuk bertanyakan 106 soalan berkaitan GST kepada Pengarah Kastam. Dan..



Dan ya, beginilah cara mereka bertanya kepada Pengarah Kastam tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 

Kahkahkahkah!

Lebih menyedihkan lagi tuan-tuan dan puan-puan, dikatakan demostrasi ini gagal kerana Pengarah Kastam malas nak melayan permintaan mereka yang mengada-ngada. Bahkan habis satu batalion puak anti-GST ini diangkut polis lalu ditahan reman kerana mengganggu urusan orang awam di Pejabat Kastam. 

Lalu tak pasal-pasal mahasiswa yang datang untuk meramaikan majlis pakatan rakyat kena tangkap and masuk lokap. Dan macam biasa, mahasiswa UM lah yg paling beriya-iya sekali dalam bab-bab ni.

Amboi kena gari pun tersengih sampai telinga, mesti masa ni tengah bajet-bajet aktivis lettew.. puiii!!

Oh ya, yang tersengih nampak gigi tu adalah mahasiswa tahun pertama UM bernama Suhail Wan Azahar. Kesian betul gua tengok,  Baru 1st year dah kena brainwash dengan abang-abang Proyem. Kalau adik gua ni, memang dah lama makan tapak kasut saiz 10. Nasib baik bukan..

Mulanya gua ingatkan mak bapak diorang ni sporting, jenis tak kisah kalau anak-anak diorang buat perangai hodoh kat universiti tapi gua silap. Mak bapak mana yang tak luluh hatinya bila dapat tahu anaknya masuk lokap akibat pengaruh rakan dan senior. Sampaikan si ayah terpaksa merayu kepada kawan-kawan anaknya untuk berhenti mendorong anak dia buat hal lagi. Dasyat betul virus yang melanda mahasiswa UM hari ini. Gua harap adik ni dpt muhasabah kembali tindakan yang dia dah lakukan. Ingat, tak dapat redha mak ayah, susah dik oi.



Seperti biasa, Tora datang lagi membawa skrip meraih simpati. Orang kita kan sensitif, hati tisu cepat koyak. Orang-orang inilah yang menjadi sasaran puak peraih undi, eh simpati.



Konon polis BELASAH mahasiswa, polis PUKUL rakyat, ZALIM apa semua siap tunjuk bekas kecederaan tapi bila tengok betul-betul, macam bekas jerawat pecah je. 

Okay, just kidding...

Gua akui ada berlaku pergelutan antara polis dan demostrans, tapi gua percaya arahan supaya bersurai telah dikeluarkan tapi puak-puak ni mana nak dengar cakap. Terpaksalah pihak polis bertindak. Gua rasa polis pun menyirap juga tengok perangai sorang-sorang macam gampang

Kahkahkahkah!!!

Last but not least, gua cuma nak simpulkan satu je berkenaan isu ni. Apa kebangangnya korang pergi attack pegawai kastam, diorang tu kerja makan gaji. They are just doing their job. Pergi la serang MP-MP pembangkang yang ponteng masa perbahasan usul GST di Parlimen. Ops lupa pulak, MP korang pun kaki demo HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!


Renung-renungkan dan selamat berfikir