Pehhh! kacak bergaya abam pami jendol dapat bercuti di Australia. Korang dapat apa? Haha |
First of all, gua nak inform (mungkin ada yang tak tahu lagi) yang empat orang student UM telah dipilih HEP untuk bersama-sama pihak pentadbiran universiti ke luar negara bagi mengadakan lawatan 'kerja'
Empat orang tersebut ialah
1. Kamarul Setapa (YDP, Pro Yem)
2. Pami Jendol (SU tak reti buat kerja, Pro Yem)
3. Faridzuan Karim (Pengerusi Exco Kolej Kediaman & Luar Kampus, Penggeyak)
4. Afiq Hazimi (tak kenal.. Presiden SPKUM)
Gua dimaklumkan bahawa 4 orang ini dipilih berdasarkan jawatan mereka di UM. Dua orang mewakili jawatan tertinggi MPPUM (kamayul and pami jendol), manakala dua orang lagi pula atas kapasiti kolej-kolej kediaman (Faridzuan Kayim and Afiq Hazimi) bagi memperkenalkan Universiti Malaya ke negara luar dan bla bla bla...
Ok, gua takdehal yang tu. Gua cuma hairan..
Bukankah HEP yang berkuasa memilih student untuk benda alah ni, kenapa HEP tak pilih MPP-MPP Penggerak saja?
Bukankah HEP dituduh menyebelahi Penggerak selama ni?
Bukankah HEP dituduh anti Pro M selama ni?
Bukankah HEP pernah dituduh menyembunyikan surat-surat MPPUM daripada pengetahuan SU Agung yang paling 'tiptop' buat kerja?
Tapi kenapa ada dua orang makhluk Pro Yem yang dapat pergi?
APA MAKNANYA INI SEMUA?!
Haaa.. inilah bukti bahawa HEP UM memang kroni, tak profesional dan tuduhan-tuduhan serta persepsi liar
yang Pro Yem tuduh selama ni adalah benar-benar belaka uollls! (p/s: baca sebaliknya)
SEBELUM TU, CUBA BAYANGKAN..
Kalau YDP, SUA, Pengerusi Exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus serta Presiden Sekretariat Presiden Kolej pada sesi kali ini, keempat-empatnya adalah budak Penggerak..
CUBA BAYANGKAN LAGI.. Apa yang akan Pro Yem cakap..
1. "HEP kroni, ambik budak Penggerak saja g luar negara!!!" - Pami Jendol, 1500 likes 200 share
2. "HEP hantar student Penggerak g luar negara, membazir duit student sebab tu yuran UM mahal!!!!" - Kamarul Setapa, 300 likes 33 share
3. "HEP hantar budak Penggerak pergi luar negara bukti HEP berat sebelah semasa pilihanraya kampus." - Muqit, 580 likes 91 share
4. HEP pilih MPP Penggerak ke luar negara sebab apa pun saya taktau, saya memang taktau apa2 sebab saya macai je, saya ikut jee.." - Macai Pro Yem, 0 like 0 share
HAHAHA! LU ORANG DAPAT BAYANGKAN TAK?
TAPI.. TAPI..
SEBAB DIORANG YANG DAPAT PERGI,
DIORANG YANG DAPAT SEDAP,
MAKA SEMUA BENDA YANG DIORANG BUAT JADI SUCI DAN HALALAN TOYYIBAN..
KAHKAHKAHKAH!!!
ITU OKAY LAGI BANG, ADA SATU LAGI YANG TAK OKAY..
Ceritanya begini.. Alkisah...
YDP-anda sepatutnya bertolak pagi sabtu kelmarin. Tiket flight jam 10.10 pagi tapi YDP-anda bangun lambat (YDP bangun lambat?!!!) last-last terlepas flight. Wah, terperinci ekk gua tahu semua, maklumlah gua ada 6th sense. Lagipun yang bagitau gua pasal ni semua budak Pro M jugak yg terlepas cakap kahkahkah!
KEMUDIAN..
Setelah merayu dan memberikan beribu alasan (Padahal tido! Gua cabar Kamarul nafi beliau bangun lambat dan saman blog ini kalau cerita ini tidak betul, ada bran? haha), akhirnya walaupun UM selalu dikutuk serta dimalukan ke seantero dunia oleh YDP-anda sendiri, last2 UM terpaksa beli tiket lain yang berjumlah RM 2k semata-mata kerana YDP-anda bangun lambat.
F*ck!! Membazir shiall!!!!
2k tu kalau tak digunakan untuk beli tiket flight Kamarul yang bangun lambat, boleh bikin satu program ilmu laa kat UM. Mungkin ini karma kerana Kamarul selalu menyalahkan pentadbiran UM sebagai boros, suka membazir dan makan duit student sebagai punca YURAN UM MAHAL last-last... siapa yang membazir, sayang?
Nilai TANGGUNGJAWAB = 0
Kalau YDP-anda yang bangun lambat adalah Penggerak, apa reaksi pro Yem agak-agak? Anda boleh reka sendiri
KAHKAHKAH!
Gua bukan nak malukan Kamarul, jauh sama sekali. Niat gua ceritakan benda alah ni hanyalah satu..
Gua hanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda dan anda, ya anda-lah orangnya.. kerana mengundi dan memilih orang yang betul semasa PRK UM yang lalu.
Sekian, terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s: gua sedang menunggu gambar-gambar Kamarul di London. Hmmm..