Sunday, 16 November 2014

Power Rangers Universiti Malaya

Gua da jumpa Power Rangers.Gua ingatkan hanya fantasi,rupanya memang wujud!










Gua rasa Abdul Muqit taip status ni sebenarnya sebab cemburu dengan populariti kawan kurang akalnya iaitu saudara Fahmi Zainol.Yela,cuba korang fikir dan renungkan,bagaimana melonjaknya nama Fahmi Zainol bila nama Fahmi ni je yang kerap dilaungkan media sekarang


Sebab tu dia tulis status merepek sebegini supaya sekurang-kurangnya adalah masyarakat tahu bahawa Muqit ini masih wujud dan diperlukan dalam perjuangan mereka


Cuba korang bayangkan hingga mak ayah Fahmi Zainol pon jadi "famous" sebab sama-sama menyokong perbuatan memalukan anak mereka.Muqit sendiri pon belum tentu orang tahu penuh dia
Sebab tu gua cakap sape tak jeles woi.Hahaha!

TAPI




Kalau korang perasan nama Abdul Muqit Bin Muhammad tak disebut langsung dalam media.Bahkan populariti si Muqit ni terus menjunam,tenggelam dan terbenam setelah beliau bergraduasi.Nama Muqit terus tenggelam setelah si Fahmi dijulang kononnya sebagai hero yang menganjurkan program bersama Anwar Ibrahim.
Padahal yang dok menjerit-jerit atas 4x4 tu tak lain tak bukan ialah Muqit saudara-saudari sekalian.




Padahal gua tengok si Muqit ni lah yang bersusah payah ke sana sini,dialah yang selalu bercakap.Sebab Fahmi Zainol kayu bercakap tidak sepetah Muqit ni.Gua ambill contoh isu kampung Chubadak.Si Muqit ni jugaklah yang jadi mangsa keadaan.Tapi akhirnya nama Fahmi Zainol juga yang dijulang padahal bukan Fahmi Zainol yang bersusah payah


Korang tengok apa Muqit kena semata-mata nak naikkan nama Pro-Mahasiswa

TAPI



FAHMI LA HERO!

FAHMI LA PEJUANG!

FAHMI YANG BERSUSAH PAYAH!



MUQIT PUNYA KERJA, JENDOL DAPAT NAMA




Gua dapat tahu yang Muqit dapat tawaran sambung Master kat UM.Gua nak ucapkan tahniah kat lu Muqit.Gua harap nanti jadilah pelajar Master yang sukses.Cuma dah sambung master ni takkan nak main politik level Undergraduate lagi.Kah..Kah..Kah






HARAPAN

Gua harap Muqit yang bakal sambung master ni contohilah mamat-mamat ni yang memang sekarang sambung Master di UM bahkan sudah berkhidmat untuk negara in an ethical way. Bukan jadi keldai tunggangan untuk kepentingan parti politik semata-mata



SAUDARA HAFIZ ARIFFIN




SAUDARA WAN MOHD HASIF WAN MUHAMAT ALI





Apa-apa pun disebabkan Muqit ni nak sangat jadi Power Rangers,maka gua dengan sukarelanya akan menunaikan hasrat dan impian Muqit untuk menjadi Power Rangers!



Jeng Jeng Jeng






Kah..Kah..Kah...Sesuai la dengan karakter Muqit sekarang



P/S : Fahmi Zainol nak bagi Power Rangers warna apa?

Thursday, 13 November 2014

Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2014 paling gempak? SeriusLah?






Festival Konvokesyen Universiti Malaya ( FESKUM) merupakan antara program gua rasa yang cukup besar yang berlangsung saban tahun.FESKUM merupakan medan untuk menghargai para bakal graduan yang akan bergraduasi setiap tahun.FESKUM juga merupakan medan bagi setiap kolej dan pelbagai persatuan untuk mencari pengalaman berniaga dan mencari sedikit keuntungan.Namun begitu yang setahu gua yang lebih penting lagi,agenda utama FESKUM ialah untuk menyalurkan dana untuk disumbangkan pada 

TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA



Kita lihat sejarah FESKUM yang lalu


FESKUM 2013

Jika kita imbas dalam sejarah FESKUM yang lalu,jumlah sumbangan tertinggi ialah pada FESKUM 2013 iaitu sejumlah

 RM70,000!!


RM70 Ribu tu.....

FESKUM 2014 ketika itu menjadi FESKUM yang paling diingati kerana pelbagai aktiviti dijalankan.Antara program besar yang masih menjadi ingatan semua ialah


Peluang menaiki helikopter dengan harga mampu milik



Acara Van Berhias yang memeriahkan waktu malam



Tambah lebih membanggakan apabila PENGARAH FESKUM ketika itu merupakan seorang PEREMPUAN dan PERTAMA KALI DALAM SEJARAH FESKUM

SAUDARI NURATIQAH JANI

YA! SEORANG PEREMPUAN mampu membawa keuntungan sehingga RM70,000 
kepada TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA



Saudari NURATIQAH JANI
PENGARAH FESKUM 2013

Nuratiqah Jani atau lebih mesra digelar AJ ketika itu turut memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) 2012/2013 sebagai

SETIAUSAHA AGUNG MPPUM 
dan 
PENGERUSI SRIKANDI MALAYA UNIVERSITI MALAYA

Kesibukan beliau dalam memegang pelbagai jawatan tidak menghalang beliau mencipta sejarah dalam lipatan sejarah FESKUM.Sejarah ini akan kekal abadi dalam sejarah FESKUM Universiti Malaya





FESKUM 2012

Jika kita undurkan sedikit waktu pada FESKUM 2012.FESKUM ini dilihat diantara FESKUM yang paling meriah dan berjaya dari segi penganjurannya.Rata-rata ramai bersetuju dengan pernyataan bahawa penganjuran FESKUM ketika ini merupakan yang paling berjaya serta
meriah dengan pelbagai aktiviti seperti Pameran Galeri Seni, Kempen Derma Darah, Perkampungan 1Malaysia 1UM, Chinese Mooncake Festival, Malam Ekspresi Seni, Pertandingan Melukis Piala Ketua Pustakawan, Liga Bola Sepak Piala Naib Canselor, Pertandingan Debat Inter-Kolej dan Wacana Ilmu Islam. Ia berjaya menarik tajaan daripada syarikat telekomunikasi gergasi Maxis serta Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad.

Kejayaan FESKUM ketika itu adalah dibantu oleh "Team FESKUM '12" hasil daya kreatif Saudara Syahmi Naim yang merupakan Pengarah FESKUM 2012.
  
SAUDARA SYAHMI NAIM


SAUDARA SYAHMI NAIM
PENGARAH FESKUM 2012

Syahmi Naim merupakan pencetus idea acara Van Berhias yang dimulakan pada FESKUM 2012 dan ia diteruskan hingga ke FESKUM 2014

Syahmi Naim juga merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM)
bagi sesi 2012/2013 dan ketika itu beliau turut memegang jawatan sebagai

NAIB YANG DIPERTUA MPPUM

YANG DIPERTUA PELAKON

dan 
PENGASAS PENUBUHAN UMALAYA RADIO

Ternyata kesibukan beliau tidak menjejaskan kejayaan beliau dalam menguruskan FESKUM 2012 dengan jayanya.


Kejayaan Syahmi Naim menguruskan FESKUM turut dipuji pihak UM











FESKUM 2014


 FESKUM 2014





FESKUM 2014


FESKUM 2014


Gerai untuk student pun lu jual mahal, pastu gebang kata paling murah..


KAHKAHKAHKAH!!







P/s: Sedang menunggu berapa jumlah kutipan FESKUM 2014






Sunday, 9 November 2014

YDP Pro-Mahasiswa Hina Rakyat Sabah dan warga UMS? SeriusLah?


Ke Sabah Kita Kali ini kawan-kawan

Gua dimaklumkan Presiden PMUM Fahmi Zainol dengan kawan Pro - Mahasiswa dia ada di Sabah sekarang.Banyaknya duit budak Pro-Mahasiswa.Katanya hari tu duit Fahmi ada RM12 je dalam poket.Macam mane boleh sampai ke Sabah ni.Ni salah satu status kawan dia yang turut sama ke Sabah.Pelik la gua cukup ke RM12 untuk ke Sabah.Hurmmm






Nah RM12 je sampai boleh ke Sabah,Mungkin hasil tabung dari kecil agaknya



Tudia Hampa Tengok Muka Kegembiraan dapat naik kapal terbang ke Sabah.Korang Dapat Apa? 
Kah Kah Kah!



Berpandukan status Fahmi Zainol dan kawan Pro-Mahasiswa,Fahmi ke Sabah pada 8 November lalu bersama Muqit Mohammad dan Adam Fistival Wilfrid.Mereka menuju ke Universiti Malaysia Sabah bagi menghasut warga UMS.Hebatnya mereka sampai boleh menghasut orang lain.Korang mampu?Korang boleh datang ke tempat orang lepas tu pergi hasut orang? Hahahaha



Amaran untuk Orang Sabah dan Warga UMS!!

Tengok "printscreen status Adam Festival City Mall ni.Bukan main dia.Kota Kinabalu tempat dia tau.Sape kacau boleh kene libas dengan si Adam ni.Keh..keh..keh..Tak sangka MPP Pro Mahasiswa ni samseng.Cuma lain kali  gua nasihatkan Adam Festival City Mall ni  jangan "privatekan twitter" lepas kene mention berkali-kali dah lah.Hilang sengat gengster bila main private akaun ni.


WARGA SABAH DAN UMS!!

Gua tengok kemana saja Fahmi Zainol dan Pro Mahasiswa ni datang mesti datang nak buat kacau,Dulu kat UM sendiri,bawak anasir dari politik luar sampai rosak pagar,kemudian pergi universiti orang dan buat huru-hara.Kali ni diorang datang ke Sabah.Takkan orang Sabah dan warga UMS nak diam dan tengok.Tengok apa si YDP dan geng Pro-Mahasiswa ni buat

Datang Sabah Untuk Hina Sabahan
dan Hina warga UMS? 



Siapa Fahmi Zainol dan Pro Mahasiswa untuk hina dan pandang rendah pada warga Sabahan? Dan lebih jelik dalam konteks mahasiswa,Siapa dia untuk pandang rendah pada UMS.Selama ni gua tengok pelajar UMS takde pula datang ke UM untuk hina orang sebegini rupa.Dahlah datang ke tempat orang,kemudian hina pula tempat orang.Adakah mentaliti seorang YDP Pro-Mahasiswa memang sebegini?


Satu persatu tuduhan dilempar pada rakyat Sabah

Lihat penghinaan dalam status Fahmi Zainol dan Pro Mahasiswa ini


Dia memfitnah Presiden MPP UMS korupsi.Mana buktinya? Hebat betul la Fahmi Zainol dan Pro-Mahasiswa ni.Datang ke tempat orang,Hina pula adat dan budaya masyarakat Sabah,Kemudian mereka hasut warga UMS dan mereka fitnah pula YDP MPP UMS


TAPI ..TAPI..TAPI


Gua tahu orang Sabah dan warga UMS takkan diam,Mereka memang menolak Fahmi Zainol dan Pro-Mahasiswa datang ke tempat mereka.Cuba lihat printscreen status Fahmi Zainol di bahagian komen.Rakyat dan warga UMS sendiri menolak kedatangan mereka kerana tak lebih sekadar datang untuk menimbulkan huru hara pada negeri Sabah semata-mata


SYABAS!! KERANA SABAHAN DAN UMS SEDAR


Terdiam dia bila rakyat Sabah dan warga UMS membalas komen.Kah..Kah..Kah



CUMANYA

BUAT WARGA UNIVERSITI MALAYA

Perasan tak akhir-akhir ni pelajar UM selalu menjadi mangsa kritikan pedas dan hinaan ramai pihak.Akibat perangai jijik beberapa orang dari Pro-Mahasiswa ,habis semua terpalit dengan nama buruk.Pelajar UM rasanya dah muak dengan politik yang tak habis-habis dibawa oleh Fahmi Zainol dan Pro-Mahasiswa.Isu dalam kampus sendiri banyak tak terjawab,diorang sibuk keluar,sibuk menghuru-harakan universiti


KESIAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA yang terpaksa menahan malu dan pandangan sinis orang ramai terhadap UM dan pelajar-pelajarnya.Hari-hari ada je isu yang dibawa Pro-Mahasiswa ni.Sudahlah kebajikan mahasiswa sendiri terabai.Kemudian dimalukan sebegini rupa


Korang tunggu jelah isu apa yang nak dibawa Pro-Mahasiswa kali ni.Apalah nasib UM dapat YDP tak guna sebegini.Pandai kononnya cabar UM untuk pecat.Tapi betul-betul UM ambil tindakan tahu takut.Inikah YDP PMUM,Gua rasa mesti mantan YDP Saudara Kamarul Setapa  yang terpaksa serahkan jawatan kat Fahmi Zainol mesti malu dan menyesal.





Oklah gua nak tunggu reaksi pelajar UM pasal kes Sabahan ni.Lain kali undi lagi Pro-Mahasiswa,baru korang tahu langit tinggi ke rendah.Lastly gua nak ucap terima kasih sebab korang,ye koranglah sape lagi yang undi Pro Mahasiswa.pada PRK lepas


Sekian terima kasih sebab sudi membaca!





P/S : Gua tunggu apa Fahmi dan Pro-Mahasiswa nak spin kali ni.Kah!

Wednesday, 5 November 2014

Pintu Pagar Universiti Malaya dirempuh?






Agaknya memang nasib UM sebab dapat pelajar yang sebegini perangainya.Rasanya dah berpuluh tahun pagar tu berjasa pada pelajar UM.Tapi dek kerana mahu membawa politik luar,sanggup rempuh sampai rosak pagar tua tu

Meh gua bagi sikit kronologi

27 Oktober 2014

 8.00 Malam:Diorang mula berkumpul kat pintu pagar Kuala Lumpur beramai-ramai

9.30 Malam: Masa ni dah penuh dah orang berkumpul,Kelibat ahli politik luar,penyokong fanatik dan budak Pro-M dah berkumpul disamping sebuah trak 4x4 PKR milik Nurul Izzah dijadikan sebagai"mini stage" untuk wakil dari Pro M berucap

10.30 Malam:Suasana bertukar menjadi provokasi antara pihak keselamatan dengan orang ramai yang di luar pagar.Suasana ini menjadi lebih tegang apabila wakil dari Pro-M meminta orang ramai merempuh pagar

Lepas pagar dah terbuka baru mereka beramai-ramai ke DTC dan selang beberapa minit ,kelibat Anwar Ibrahim dilihat sampai ke UM lalu diarak masuk ke dalam UM






Sebuah pagar tua melawan tangan anak muda yang dijadikan hamba politik luar




Gua malas nak cerita lebih-lebih sebab korang pelajar UM rasanya lebih memahami situasi dan perasaan apabila harta benda milik korang dirosakkan sebegitu saja.Tambah lagi sedih apabila kebebasan dari campur tangan politik yang dilaungkan selama ini hanyalah penipuan semata-mata dari Pro-M



Bukti pagar yang dirosakkan


TAPI

Gua dapat tahu ada satu kempen "UM MASIH ADA YANG SAYANG" diwujudkan bagi memberitahu masih ada lagi warga UM yang sayang dan cintakan kampus mereka,Kempen ini dilancarkan semalam 4 November 2014 di UM Sentral

Kempen ini digerakkan oleh Sektariat Presiden Kolej Kediaman (SPK) dan kempen ini mendapat sambutan luar jangka.Ini maknanya kenyataan Pro Mahasiswa yang mengatakan seluruh mahasiswa UM menyokong tindakan mereka hanyalah sekadar penipuan.Kempen ini turut menghasilkan sebuah hashtag #UMmasihAdaYangSayang dan ia sangat popular hingga mendapat"trending" di laman sosial



Barisan Presiden Kolej Kediaman menyampaikan ucapan membantah tindakan jijik Pro-M

Gua yakin mahasiswa UM masih lagi rasional dan tahu mana baik mana buruk.Dah jelas lagi nyata apa yang dibuat oleh Pro-M ini sangat memalukan UM yang dicanang sebagai Universiti Terbaik



Gua nak ucap jutaan terima kasih disebabkan anda semua,anda semua lah yang memilih dan mengundi Pro-M semasa PRK lepas

Sekian terima kasih kerana sudi membaca




Renung-renungkanlah dan selamat beramal




PS: Gua menunggu apa akan jadi pada 8 orang pelajar UM yang dikenakan pertuduhan tu