Wednesday, 5 November 2014

Pintu Pagar Universiti Malaya dirempuh?






Agaknya memang nasib UM sebab dapat pelajar yang sebegini perangainya.Rasanya dah berpuluh tahun pagar tu berjasa pada pelajar UM.Tapi dek kerana mahu membawa politik luar,sanggup rempuh sampai rosak pagar tua tu

Meh gua bagi sikit kronologi

27 Oktober 2014

 8.00 Malam:Diorang mula berkumpul kat pintu pagar Kuala Lumpur beramai-ramai

9.30 Malam: Masa ni dah penuh dah orang berkumpul,Kelibat ahli politik luar,penyokong fanatik dan budak Pro-M dah berkumpul disamping sebuah trak 4x4 PKR milik Nurul Izzah dijadikan sebagai"mini stage" untuk wakil dari Pro M berucap

10.30 Malam:Suasana bertukar menjadi provokasi antara pihak keselamatan dengan orang ramai yang di luar pagar.Suasana ini menjadi lebih tegang apabila wakil dari Pro-M meminta orang ramai merempuh pagar

Lepas pagar dah terbuka baru mereka beramai-ramai ke DTC dan selang beberapa minit ,kelibat Anwar Ibrahim dilihat sampai ke UM lalu diarak masuk ke dalam UM






Sebuah pagar tua melawan tangan anak muda yang dijadikan hamba politik luar




Gua malas nak cerita lebih-lebih sebab korang pelajar UM rasanya lebih memahami situasi dan perasaan apabila harta benda milik korang dirosakkan sebegitu saja.Tambah lagi sedih apabila kebebasan dari campur tangan politik yang dilaungkan selama ini hanyalah penipuan semata-mata dari Pro-M



Bukti pagar yang dirosakkan


TAPI

Gua dapat tahu ada satu kempen "UM MASIH ADA YANG SAYANG" diwujudkan bagi memberitahu masih ada lagi warga UM yang sayang dan cintakan kampus mereka,Kempen ini dilancarkan semalam 4 November 2014 di UM Sentral

Kempen ini digerakkan oleh Sektariat Presiden Kolej Kediaman (SPK) dan kempen ini mendapat sambutan luar jangka.Ini maknanya kenyataan Pro Mahasiswa yang mengatakan seluruh mahasiswa UM menyokong tindakan mereka hanyalah sekadar penipuan.Kempen ini turut menghasilkan sebuah hashtag #UMmasihAdaYangSayang dan ia sangat popular hingga mendapat"trending" di laman sosial



Barisan Presiden Kolej Kediaman menyampaikan ucapan membantah tindakan jijik Pro-M

Gua yakin mahasiswa UM masih lagi rasional dan tahu mana baik mana buruk.Dah jelas lagi nyata apa yang dibuat oleh Pro-M ini sangat memalukan UM yang dicanang sebagai Universiti Terbaik



Gua nak ucap jutaan terima kasih disebabkan anda semua,anda semua lah yang memilih dan mengundi Pro-M semasa PRK lepas

Sekian terima kasih kerana sudi membaca




Renung-renungkanlah dan selamat beramal




PS: Gua menunggu apa akan jadi pada 8 orang pelajar UM yang dikenakan pertuduhan tu



















No comments:

Post a Comment